Tentang Kami

WAYANG LENSA PRODUCTION telah didaftarkan SSM pada tahun 2009 (TR0126728-K) serta mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Wayang Lensa Production ini bermula dengan memberi perkhidmatan juruvideo dan jurufoto di majlis-majlis kahwin. Kini WLP bergerak seiringan dengan kumpulan yang telah lama berkecimpung di dalam bidang seni ini. Krew-krew WLP terdiri dari pelajar pemegang Diploma dan Ijazah dalam bidang berkaitan seperti multimedia, IT, Photography, Filem dan sebagainya. Perkembangan terkini Wayang Lensa Production memiliki beberapa bidang perniagaan lain secara kolebrasi antaranya WLP CONSULTANT & SERVICESADIZOGUN RESOURCES & WLP GLOBAL


Visi Perniagaan
Untuk menjadi sebuah organisasi videofoto terulung, dinamik serta berdaya saing menerusi pakatan berpasukan yang teguh dan mantap.

Misi Perniagaan

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan terbaik bagi mencapai tahap kepuasan pengguna seratus peratus.


Objektif Perniagaan

Matlamat ataupun objektif utama syarikat adalah :
1- Berurusan dengan lebih efisien, professional dan memudah cara terhadap para pelanggan 
2- Pengendalian segala kerja-kerja dengan kualiti terbaik
3- Memberi perkhidmatan yang berkualiti serta mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum
4- Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa
5- Konsisten dalam menangani masalah pelanggan dalam penyediaan produce

1-
Objektif ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi celik IT yang agresif lagi prihatin menuju ke arah "Wawasan 2020".


Pengurus Wayang Lensa Production

Cikgu Azuhar Ashram






Latar Belakang Pengurus WLP

Berasal dari Kota Bharu Kelantan dan kini menetap di Rembau Negeri Sembilan. Beliau merupakan pensyarah kanan pertanian di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja.
Beliau merupakan pemegang Diploma Perhutanan di UPM (2004-2007). Selepas itu beliau mengikuti kursus dan bengkel Perfileman dan animasi 2D & 3D selama 6 bulan di DARUL DIGITAL SDN BHD. Beliau pernah bekerja di syarikat POSSIBLE NETWORK SDN BHD sebagai juruteknik binaan dan Ketua Panitia di MAAHAD TAHFIZ FATIMAH AZ-ZAHRA Gombak Selangor. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Pendidikan di UPM (2008 - 2012). Wayang Lensa Production ditubuhkan pada 2009 bersama rakan-rakan.

ANUGERAH YANG PERNAH DI CAPAI 

* Filem Pendek "Moralitas" - Juara peringkat Kebangsaan anjuran BPTV 2020
* Filem Pendek "Moralitas" - Juara peringkat Zon Negeri Sembilan / Melaka anjuran BPTV 2020
* iCompex 2022 -GOLD medal anjuran POLIMAS
* iCompex 2021 -SILVER  medal anjuran POLIMAS
* Virtual Innovation Competition - Silver Medal anjuran UTM
* Video Pitching "EzyLet Templete" - Naib Johan iVEDIIC 2020 anjuran UITM
* Filem animasi 2D "Kebersihan"- Naib Juara anjuran Universiti Teknologi Petronas 2010
* Filem animasi 2D "Erti Persahabatan" - Finalis FFVPM 7 - anjuran IPTA/IPTS (UNIMAP) 2010
*Tayangan Multimedia "Pendekar" - Tayangan Terbaik Kolej Keenam UPM 2011




Popular posts from this blog